Monday, October 26, 2020

PENGENALAN TAJUK

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 4  
TAJUK : 6.0 SAINS RUMAH TANGGA 
STANDARD KANDUNGAN 6.1 : MENGHASILKAN ARTIKEL JAHITAN 
STANDARD PEMBELAJARAN : 
6.1.3 MENYATAKAN JENIS BAHAN JAHITAN IAITU FABRIK DAN BENANG 
6.1.4 MENGENALPASTI JENIS MATA JAHITAN TANGAN IAITU JAHITAN KIA, JELUJUR KASAR DAN JELUJUR HALUS 


  PENGENALAN 

1. Artikel jahitan bermaksud sesuatu yang dihasilkan daripada kain ataupun fabrik melalui proses jahitan sama ada jahitan tangan atau mesin. 
2. Dihasilkan dari bahan utamanya iaitu fabrik atau kain. 
3. Contoh fabrik yang boleh jadikan artikel jahitan ialah: 
    a. Kain langsir 
    b. Perca kain 
    c. Cadar 
    d. Sarung kusyen 
    e. Alas meja 



  ARTIKEL JAHITAN DAN KEGUNAANNYA 

1. Setiap artikel jahitan boleh digunakan untuk diri sendiri atau dijual.
2. Dapat menjimatkan kos perbelanjaan. 
3. Contoh artikel jahitan 
   a. Beg pensil 
   b. Sarung kusyen 
   c. Kusyen mini 
   d. Penggantung surat 
   e. Uncang mini 
   f. Apron 
   g. Pemegang periuk 
   h. Bekas tisu

No comments:

Post a Comment